5 TIPS KEKAL BERTENAGA WALAUPUN BERPUASA updated May 2020

Walaupun bulan Ramadan ini umat Islam perlu menahan diri dari lapar dan dahaga di waktu siang,

ia bukan lah alasan untuk tidak tampil cergas dan bertenaga.

Setelah 11 bulan makan macam-macam, hanya  sebulan sahaja yang perlu puasa

untuk merehatkan sistem penghadaman.

Kita semua masih boleh jalani hari-hari dengan produktif dan

badan yang kekal cergas dengan mengamalkan 5 tips ini.

1. Minum air kosong dengan cukup

Ambil peluang untuk minum air sewaktu berbuka, selepas solat Maghrib dan Isyak serta sebelum tidur.

Rujuk cadangan dari portal  Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menu sihat sewaktu berbuka dan bersahur.

Idea untuk cukupkan 8 gelas sehari

2. Jaga portion makanan

Ikut saranan pinggan sihat Malaysia

Elakkan dari makan sehingga perut terlampau penuh terutama sewaktu berbuka puasa.

Ini akan menjejaskan system penghadaman dan mengakibatkan badan rasa mengantuk dan cepat penat.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang rendah Glycemic Index untuk kenyang

lebih lama. Antara senarai Glycemic Index di sini makanan yang biasa dimakan.

Kuantiti setiap makanan untuk kawal kalori

Bila mengantuk, memang susah nak buat kerja dengan produktif.

3. Melakukan senaman ringan

Senaman ringan untuk kuatkan otot

Senaman ringan seperti squat dan plank akan menguatkan otot

dan bagus untuk peredaran darah.

Jangan lah lari pecut pula. Itu dah cari masalah lain. Tips untuk ibu-ibu nak kempiskan perut, buat

tummy workout 30 minit sebelum berbuka puasa. Konsisten dan lihat hasilnya sendiri.

4. Tidur yang cukup

Bila bangun di awal pagi, badan akan rasa lebih segar dan bertenaga.

Waktu puasa bukan bererti perlu tidur sehingga Zuhur ya.

Terlebih tidur pun akan buat badan lemah.

5. Elakkan minuman berkaffein

Bahaya kaffein di waktu puasa kerana ia bersifat membuang air (diuretics) dalam

badan. Manakala sewaktu puasa badan kita kekurangan air.

Jadi sebab itu kurangkan atau elakkan minuman berkaffein.

Ia akan buat badan berasa ‘kering’ dan kehausan melampau.

Minuman yang banyak kaffein

Nina Salleh

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah…

Read More »

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh