Tips Hadapi Anak Yang Diserang Sawan

Teringat sekitar tahun 2016 waktu Maryam, anak kedua saya diserang sawan. Hari itu seperti biasa saya duduk di rumah bersama dengan Maryam. Pagi tu saya kemas rumah dan Maryam duduk bermain sendiri. Waktu menyapu lantai, saya panggil Maryam supaya beliau alih duduk di tempat lain. Berkali-kali saya panggil nama Maryam tapi beliau seakan-akan tidak mendengar panggilan saya. Dari jarak lebih kurang 2 meter, saya lihat Maryam kaku dan bisu, keras kejung dan tidak berubah posisi, beliau masih duduk.
Maryam diberi bantuan pernafasan sebaik tiba di jabatan kecemasan
Saya terus melulu dekat Maryam dan angkat tubuh beliau yang kaku . Mata masih terbuka, mulut pula sedikit-sedikit keluar air liur. Saya panggil dan saya gerakkan tubuh Maryam. Namun tak ada respon dari Maryam. Saya cuma perasan jari kelingking Maryam sahaja yang bergerak seakan-akan ada tarikan mekanikal. Pergerakan yang tidak disengaja tetapi berulang-ulang. Mujurlah saya ada sedikit ilmu perubatan jadi saya tahu beliau sedang menghadapi sawan, namun bukan jenis sawan biasa.
Kebiasaannya, saya hanya lihat sawan dengan genjatan seluruh tubuh badan, bola mata ke atas dan air liur akan meleleh keluar.
Saya terus telefon suami dan kami bergegas ke Hospital Ampang. Sepanjang jalan saya tak henti-henti salahkan diri sebab waktu Maryam tidak menyahut panggilan saya di rumah tadi, saya fikir Maryam bergurau. Tak henti-henti juga berdoa minta Allah pulihkan kesihatan dan kembalikan kesihatan Maryam seperti biasa.
Sampai saja di jabatan kecemasan, Maryam terus dimasukkan ke zon kritikal. Di hospital, para doktor dan pakar kanak-kanak juga beritahu bahawa sawan yang Maryam hadapi bukan jenis yang biasa. Maryam diberi bantuan pernafasan dan diamasukkan ke wad untuk pemerhatia. Alhamdulillah syukur kepada Allah, kesihatan Maryam kembali seperti biasa. Hari ini beliau sihat dan aktif serta petah berbicara.

Tips Hadapi Anak Yang Diserang Sawan

Ini adalah perkara yang ibu bapa perlu tahu jika anak-anak diserang sawan:

1. Bertenang dan jangan panik.

Sebenarnya kalau panik, kita tak dapat nak berfikir secara waras. Risau kalau-kalau terlupa perkara yang perlu diutamakan.

2. Pastikan anak berada dalam persekitaraan yang lapang dan selamat.

Jika anak-anak alami sawan yang melibatkan genjatan seluruh tubuh, persekitaran begini akan mengurangkan kecederaan pada tubuh badan anak.
Kedudukan anak bukan lah di atas kerusi, atas katil atau dalam buaian.

3. Mengiringkan anak ke sebelah kiri

Perhatikan pergerakan anak, sekiranya tidak berlaku lagi genjatan, letak dalam posisi mengiring ke kiri bagi mengelakkan anak tersedak air liur.
Posisi anak mengiring ke kiri untuk elakkan tercekik

4. Jangan masukkan apa-apa dalam mulut anak.

Petua orang lama perlu masukkan sudu dalam mulut supaya anak tidak kancing gigi. Sebenarnya dengan masukkan sudu, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti tercekik dan boleh mengancam nyawa.

5. Perhatikan apa yang berlaku pada anak dan catat masa

Sebolehnya, cuba ingat kejadian dan perlakuan anak-anak sepanjang kejadian sementara menunggu petugas kesihatan sampai atau dalam perjalanan ke hospital.

6. Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan

Atau jika ada kemudahan dan boleh bawa sendiri ke hospital, ia dapat menjimatkan masa serta mempercepatkan proses anak untuk menerima rawatan yang sewajarnya.

Kongsikan kerana kalian mungkin dapat menyelamatkan nyawa anak kecil.

Nina Salleh

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

7 Nutrisi Penting Untuk Ibu Menyusu

Selepas mengandung dan melahirkan, seorang ibu akan memasuki fasa menyusukan anak dengan susu badan. Bukan sahaja banyak khasiat untuk kesihatan, menyusukan anak dengan susu badan juga disarankan oleh Allah dalam…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh