REVIEW: KSL HOTEL&RESORT JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi! Hari ni Nina nak share review KSL Hotel&Resort Johor Bahru. Ni kali ketiga atau 4 kitorang stay kat sini. Weekend lepas stay lagi sini, hotel ni selain dari harga berpatutan, ia adalah kids friendly hotel.

Mom of three is enough for now

Kali ni suami tak ikut, ada kerja. Nina, dan family saja. Memang mencabar, paling mencabar bila anak berak dan mengamuk haha!

Macam biasa, kakak yang akan buat booking hotel.

HELPFUL&FRIENDLY STAFFS

Masa sampai tu dah pukul 2 pagi. Sebelum ke Johor, singgah Melaka, ambik adik di UiTM Lendu, Melaka.

Masa nak check in, sebab booking di Agoda, kami booked 2 bilik. Harga di Agoda untuk 2 bilik tu sama termasuk breakfast. Pastu bila sampai sana, receptionists key in dan keluar kat system, harga lebih mahal dan breakfast hanya untuk 1 bilik.

Tak tally dengan Agoda punya. Harga dan benda tu berbeza. Yang kitorang pula kalau duk hotel, breakfast memang perkara penting😂

‘Kami akan cek dengan Supervisor besok pagi, untuk sekarang dia dah tak ada’

Pastu kitorang nak cancel yang tu walaupun akan kena penalty, sebab esok pukul berapa pulak? Pukul 8? Kami lepas Subuh nak breakfast dah haha. Dengan nak minum kopi lagi🤣

Sabar je dia layan kitorang.

Senyum je. Tak ada pun masam muka.

Pastu siap taknak bagi kitorang booking lain, katanya nanti ada penalty padahal kitorang malas nak kisah pasal penalty asalkan dapat makan.

Kemudian dia masuk bilik jumpa Supervisor lain kot, atau call, lepas tu kitorang dapat la bilik yang sama macam Agoda, connecting room lagi. Hihi.

Sedap tidur, bilik pun best

BILIK YANG SELESA

Bilik yang kitorang booked ialah superior deluxe, bilik lenngkap dengan sterika, pemanas air, tak lupa toilet yang best hehe.

Asalkan toilet best, pun jadi best.

BREAKFAST SEDAP

Sebab breakfast ni salah satu kriteria penting bila kami tidur hotel, maka breakfast di KSL Hotel&Resort ni kami suka!

Buah yang best. Tapi tak ada la salmon macam atas kapal Symphony of the seas😋

Bila makan je, Nina wajib makan Nasi lemak, dan bubur tu kalau ada telur masin kita korek yang kuning saja. Sedap nyaaaaa.

Ada puding roti, rasanya puding roti ni menu wajib dia sebab tak pernah tak ada puding roti kalau breakfast sini.

Kitorang boleh habiskan makanan, dan habiskan masa sampai tempat makan ni tutup untuk breakfast tau. Lepas setel makan, ambik kopi pulak. Bukan sekejap.

Ni wajib jugak, isi awal-awal, minum last sekali masa dia dah kembang hahaha, dapp
Infusion, tempat makan, kat sini kalau kanak-kanak bawah 5 tahun percuma, atas 5 tahun di caj RM30 tapi ada voucher boleh guna RM10 so lebih jimat

WATER THEME PARK

Kat sini yang best, selain breakfast, ialah swimming pool. Bila kitorang pilih hotel, biasa akan consider swimming pool diorang.

Di KSL Hotel&Resort Johor Bahri ni, dia ada theme park. Rasanya kalau kita bukan stay di hotel, nak masuk ni kena bayar. RM65/person kalau tak silap.

Masalahnya Maryam ni takut pulak kat Dinasour sebab dia bergerak kepala, end up dia tak mandi

Anak-anak suka, mom pun boleh la bisnes dengan tenang. Sambil teman diorang.

Zaman kecik suka sangat main gelongsor besar ni

Asalkan anak suka. Gitu lah bila dah jadi mak. Semua untuk anak.

EASY ACCESS

Kalau menginap di KSL Hotel&Resort Johor Bahru, tak payah risau kalau baju tak cukup. Atau nak cari makan malam ke, nak cari lunch, sebab ianya easily access.

Ada Starbucks, sempat Nina offline coaching dengan team The Brightstars (TBS) yang di Johor hehe, ada Tesco, dan macam-macam kedai kat bawah hotel.

Sanggup susah bawak anak, untuk sebuah kejayaan

Misi ke Johor hari tu bukan semata bercuti, Nina nak jumpa anak cucu TBS yang jauh sana. Walaupun kita buat online business, kadang kala kena bertemu mata untuk eratkan hubungan atau bonding😍

Ukhuwwah, itulah ‘the beauty of Shaklee business’.

Hampir 2 tahun bertegur sapa di whatsapp saja, kali ni dapat jumpa.

Jamilah seorang bekas guru, sekarang mengusahakan pusat tusyen dalam masa yang sama, menyebarkan manfaat produk Shaklee. Dan Ja nak ada kebebasan kewangan dan masa dengan Shaklee.

Dan Syuhada, yang berkerja office hour, dulu makan Shaklee je, tapi bila dah tahu Shaklee ni boleh buat bisnes dan boleh jana pendapatan yang pasif, terus Adaa buat bisnes bawah seliaan Nina sendiri. Mereka bermula dari zero, sekarang iklan sekali, berdesup order masuk hehe.

Ok kalau stay di KSL Hotel&Resorts nak pergi Tesco, atau nak makan, tak perlu bersusah untuk bawak kereta keluar. Tapi kalau nak makan ikan bakar ke, lain la cerita kan.

Restoran SDS untuk makan tengahari, hari kedua
Hari pertama kami ke Senibong untuk makan.
Hari kedua kami makan di sini. Hanya turun lift dari Lobby Hotel. Makan pun best. Cara hidangan dan pinggan mangkuk yang unik. Fast service! Highly recommended 😁
SDS cafe yang unik, makanan pun sedap!

Overall, kami sangat suka dan senang untuk stay di KSL Hotel&Resorts, memang akan stay lagi untuk next next time. Tapi nak juga merasa Hard Rock Desaru😋

InsyaALLAH kalau ada rezeki.

By Nina Salleh

A hot mompreneur

Pengguna dan pengedar Shaklee,

Founder of The Brightstars

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »

Berniaga Dari Rumah Tanpa Modal

BINA EMPAYAR SENDIRI TANPA MODAL Nina nak bantu kalian untuk berniaga dari rumah tanpa perlu modal yang besar di sini. Dengan RM35 sahaja untuk mendaftar, kalian sudah boleh bina empayar…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh