Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami
sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk
menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak dalam
bandar Melaka. Kalau tengok hotel ni dari luar, memang nampak biasa saja.
Bangunannya tidaklah nampak gah macam hotel-hotel mewah yang duk ada
di Kuala Lumpur ini.
Bangunan begini saja dari tepi jalan. Nampak macam lot kedai pun iya.

Lokasi Yang Tidak Dalam Bandar

Rupa-rupanya ada hotel menarik yang terletak di Melaka, lokasi yang tidak jauh dari exit tol Ayer Keroh. Kalau dari Kuala Lumpur
memang rasa sekejap sangat, tak sampai dua jam perjalanan jika
memandu pada kelajuan sekitar 120km per jam (atau mungkin lebih huhu).
Walaupun nampak biasa, hiasan dalaman hotel ini
nampak sangat mewah. Bila masuk bilik tu terus rasa
malas nak keluar, sebab sayang nak tinggal bilik. Mungkin sebab
kedudukan di Melaka dan bukan dalam bandar, hotel
ini harga semalaman dalam lingkungan RM200-RM300
termasuk breakfast. Memang terkejut giler bila masuk bilik dan tengok
dalaman dia macam hotel mewah yang rate ribu-ribu semalaman.

Bilik Yang Selesa

First impression, Impressive!
Ada bath tub dan tandas yang see through, tak risau kalau anak-anak mandi dalam bath tub.
Bilik yang besar siap dengan ruang berkerja.
Ruang berkerja yang luas dan selesa.
Kolam renang ada ruang untuk dewasa dan kanak-kanak.
Ada rooftop restaurant tapi perlu buat tempahan terlebih dahulu.
Breakfast yang tidak mengecewakan.

Kalian yang bercadang untuk ke Melaka dan nak cuti-cuti di sana, cubalah menginap di Ames Hotel, boleh waze saja terus sampai ke destinasi. Serius, kami semua terkejut dengan interior hotel ni dan terus rasa macam ‘kenapa kita baru tahu hotel ni wujud’. Kalau ada rezeki insyaAllah lepas ni hotel ni akan jadi keutamaan kami bila di Melaka.

Tempahan Hotel

Untuk menginap di Hotel Ames, kalian boleh buat tempahan melalui website hotel atau berhubung terus dengan pembantu pengurus, Puan Nurashiken

InsyaAllah tak menyesal. Mari kita sama-sama support industri perhotelan dan gerakkan ekonomi negara kita. Bantu sebarkan link blog ini supaya lebih ramai yang tahu tentang hotel ini.

Cuti norma baru,

Nina Salleh

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah…

Read More »

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh