Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah nak keluar makan pun mana ada kedai yang dibenarkan beroperasi lagipun memang tak dibenarkan keluar waktu tu. Jadi saya usaha juga untuk buat sendiri saja sangkaya dari rumah. Lebih afdhal, lebih jimat dan lebih selesa untuk makan bersama keluarga di rumah.
Ini sangkaya Boat Noodle
Tak payah susah-susah lagi nak makan di kedai sebab kat dapur sendiri pun boleh siap sangkaya ni.

Bahan-Bahan Sangkaya Ala-Ala Boat Noode

14 helai daun pandan
2 cawan air kosong
2 biji telur
14 sudu gula perang
500 ml santan
4 sudu tepung jagung
Pewarna hijau

Cara-cara untuk buat Sangkaya Ala-ala Boat Noodle

1. Kisar daun pandan dengan sedikit air
2. Tapis, ambil airnya sahaja
3.Masukkan dua biji telur
4. Masukkan gula
5. Masukkan tepung jagung dan santan
6. Kacau sehingga capai kepekatan yang diingini
7. Hidangkan bersama susu cair dan roti yang distim. Nikmati bersama keluarga di rumah

Nina juga berkongsi di sini untuk tips-tips yang praktikal.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

7 Nutrisi Penting Untuk Ibu Menyusu

Selepas mengandung dan melahirkan, seorang ibu akan memasuki fasa menyusukan anak dengan susu badan. Bukan sahaja banyak khasiat untuk kesihatan, menyusukan anak dengan susu badan juga disarankan oleh Allah dalam…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh