Laksa Penang Pung Pang Rizalman

Raya hari tu saja je ulang tayang Pung Pang Rizalman di Astro, memang ada record semua series. Tetiba part masak laksa, suami terliur pula sampai tak boleh nak tidur.  Dari malam minta saya masakkan ikut resepi dalam Pung Pang Rizalman. Saya pun buat tetapi ada juga yang saya alter, kiranya ini 95% menyamai resepi asal.

Bahan-bahan Laksa Penang Dato’ Rizalman:

  • 1 kg ikan termenung atau ikan selayang (Sebenarnya saya pun tak pasti ikan apa saya guna)
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji nenas size kecil*
  • 4 batang bunga kantan (2 batang dikisar)
  • 2 genggam daun kesom (2 genggam dikisar)
  • 20 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 keping asam gelugor
  • 1 tin sardin*
  • 1 sudu besar petis udang
  • 1 mangkuk asam jawa
  • 10 tangkai cili kering
  • Garam secukupnya

Cara-cara untuk masak laksa penang resepi Dato’ Rizalman

1. Rebus ikan dengan cili kering, asam gelugor dan sedikit garam.

Rebus ikan

2. Asingkan isi ikan dan kisar bersama cili kering dan asam gelugor.

kisar sehingga hancur

3. Kisar tulang ikan dan tapis. Ambil airnya sahaja.

4. Kisar bahan-bahan bertanda *

Sardin 1 tin besar
Separuh biji nenas masam-masam manis
Daun kesum 1 genggam dan 2 batang bunga kantan juga dikisar

5. Masukkan kesemuanya dalam periuk.

Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang belum diblend juga

6. Tambah sedikit air mengikut kepekatan yang diingini.

Petis udang

7. Masukkan petis udang, 2 batang bunga kantan, daun kesom dan air asam jawa ke dalam periuk yang sama.


8. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam

Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam
Hidang bersama ulam-ulaman

Sebenarnya kalau ikut resepi ni betul-betul, masam dah cukup tak perlu asam dah. Cili padi je

kena tambah sebab saya buat tak pedas supaya anak-anak boleh makan.  Selamat mencuba! Jangan lupa share dan

tag FB Nina Salleh kalau dah buat tau.

Nina Salleh

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah…

Read More »

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh