Apa itu polifenol?
Polifenol adalah nutrien yang memberi banyak manfaat untuk wanita. Ia boleh didapati dalam buah-buahan seperti buah epal, berries dan buah anggur. Ia sangat banyak terkandung dalam kulit dan biji anggur muscadine, seperti dalam kajian ini.
Polifenol dikaitkan dengan kurang kematian akibat penyakit kronik.
6 manfaat polifenol untuk kesihatan:
- Kuatkan ketahanan badan
Polifenol meningkatkan ketahanan badan dari jangkitan kuman. Musim wabak begini, amalkan polifenol setiap hari agar dapat tingkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkutan kuman.
Dalam artikel review ini ada nyatakan tentang sifat polifenol yang boleh meningkatkan imuniti.
- Anti kanser
Ia boleh mengurangkan risiko kanser dan sekiranya pesakit kanser yang amalkan polifenol, kadar kanser untuk merebak sangat rendah. Kajian tentang polifenol boleh merencatkan sel kanser di sini.
- Anti radang
Melindungi sel badan dari keradangan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
- Beri tenaga
Ia meningkatkan tenaga dalam sel seterusnya menjadikan seluruh badan bertenaga
- Mencantikkan kulit
Ia dapat mengecutkan jerawat dan membebaskan cela pada kulit.
- Anti oksidan
Analogi bagaimana radikal bebas boleh merosakkan sel
Setiap hari badan kita terdedah dengan radikal bebas. Ia membuatkan sel normal menjadi rosak. Dan ia juga antara faktor utama penyakit kanser.
Dengan sifat antioksidan polifenol ini, ia membantu melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas
Analogi bagaimana aantioksidan melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas
Dengan sifat polifenol yang memberi banyak manfaat untuk jutaan sel dalam badan, ia secara tak langsung memberi kesihatan kepada seluruh badan.
Manfaat polifenol untuk wanita:
- Memberi tenaga yang berpanjangan
Pengambilan polifenol setiap hari dapat kurangkan masalah lemau, lesu dan tidak bermaya. Untuk ibu-ibu yang sentiasa sibuk baik berkerja di pejabat mahupun rumah, jangan lupa untuk ambil polifenol masukkan dalam diet seharian.
- Kulit yang berseri
Dengan polifenol, masalah kulit kusam dapat diatasi. Kulit lebih glowing dan bebas cela jika diambil secara berterusan.
- Polifenol dapat rendahkan risiko penyakit kanser payudara, kanser rahim dan lain-lain
- Obesiti pada juga dapat dikurangkan
- Kurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Jadi mari kita usaha untuk cukupkan keperluan polifenol dalam badan.
Pastikan setiap hari kita makan 3 hidangan buah-buahan.
Nina Salleh
Usaha untuk amalkan polifenol setiap hari.