Manfaat Polifenol untuk Kesihatan Menyeluruh

Kajian sains menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa yang panjangan akan memberikan kesihatan badan yang menyeluruh. Ia boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit yang berkaitan dengan jantung, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit saraf degeneratif.

Polifenol dari tumbuhan

8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan Menyeluruh

Kulit Sihat

Polifenol akan melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Polifenol juga meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

Peredaran darah yang sihat

Polifenol mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

Tahap gula dalam darah yang sihat

Polifenol menurunkan tahap gula darah waktu puasa (fasting blood sugar), meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

Menyokong proses buang toksin yang bekesan

Polifenol meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel hati. Pengambilan polifenol juga memberi kesan serupa dengan waktu berpuasa di mana sel badan mengalami proses buang toksin dan sistem badan berehat selain dari membantu proses penurunan berat badan.

Fungsi Otak Yang Sihat

Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu boleh meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental yang ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten juga akan meningkatkan pengaliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.

Meningkatkan tenaga dan kekuatan otak

Polifenol mempercepatkan penghasilan mitokondria, iaitu penjana utama tenaga dalam badan. Polifenol juga akan meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot di kalangan individu yang berusia terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.

Perkembagan sel yang sihat

Polifenol adalah salah satu sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai dapat menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai jenis sel kanser.

Memelihara dan menyokong kesihatan sendi

Polifenol boleh mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

Begitu banyak manfaat polifenol untuk kesihatan. Sama-sama kita amalkan setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik. Baca manfaat yang sangat banyak untuk wanita.

Nina Salleh

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah…

Read More »

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh