KONGSI RESEPI : RESEPI SUP MAKARONI CHEF WAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Hari ni nak share resepi antara yang paling Nina suka.
Jeng
Jeng
Jeng
SUP MAKARONI!! Yessssss.


Mana lagi sorang?😂

Nina memang minat sup makaroni, suka makan yang sup dia pekat, macam kat hotel tu kan, tapi setiap kali buat sendiri, memang gaya sama result sama la, sup cair tu😂
Masa scroll Ig nampak Chef Wan share dia buat sup makaroni, Nina tiru la. Alhamdulillah jumpa resepi sup makaroni yang memikat hati. Anak pun suka tau. Memang depa minat jugak. Sebenarnya senang je, tapi baru buat 2-3 kali tak ingat pun lagi. Setiap kali nak buat sup makaroni Chef Wan, kena scroll ig, jenuhh. So tulis kat sini la mana tahu ada yang duk cari jugak kan.
So Nina share sini.
RESEPI SUP MAKARONI CHEF WAN
Senang je resepi ni, InsyaALLAH sedap kena selera heheh
Bahan-bahan untuk tumis terbahagi kepada 2,
Blender lumat yang dalam pinggan hijau:
20 biji bawang merah kecik
(dalam gambar ni Nina guna bawang merah besar, so agak-agak 3 biji je kot. Suka guna yang besar malas nak kupas kecik-kecik😝)
6 ulas bawang putih
10 biji buah keras
4 hiris lengkuas
3 cm halia
7 batang serai
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk jintan kasar
1 sudu besar serbuk jintan halus
(Nina tak pasti jintan Nina tu betul ke tak, sebab kat label dia tulis jintan manis dengan jintan putih 🤷🏿‍♀️)
Dalam bekas lain sediakan:
3 bawang holland dihiris
 (Chef Wan tulis yellow onion, so betul kot holland ni)
Rempah penumis ,
Kulit kayu manis (Nina guna serbuk sebab tak ada pulak😂)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga

1. Sediakan bahan untuk tumis

2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis

3. Sehingga naik bau, kacau rata jangan hangit

4. Masukkan ayam yang dipotong 16, lebih kecik lagi sedap bagi Nina
Kalau suka besar, buat je besar. Nak potong 4 pun boleh😆

5. Tunggu ayam masak, masukkan garam, perasakan.
6. Masukkan air
7. Masukkan carrot, celery dan ubi kentang.
8. Biarkan sehingga 30 minit, dan..

SIAAAAAAP!!

Cubalah, sedap k!
Boleh buat hidangan sebelum raya.
Sup makaroni resepi Chef Wan.
Tapi kalau nak kulit cantik sebelum raya, boleh order Youth skincare dari Nina k. Harga berbaloi, siap dengan kajian klinikal ni.

Order Youth bulan ni untuk jimat sehingga RM600!


Antara testimoni skincare Youth yang baru dilancarkan pada tahun ni, 3000 unit sold out dalam masa  1 minggu!
Kulit jenis macam mana?
 Nak kurangkan minyak pada kulit?
Nak kulit lembab?
Try Youth k!
Sincerely,
Nina Salleh
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »

Berniaga Dari Rumah Tanpa Modal

BINA EMPAYAR SENDIRI TANPA MODAL Nina nak bantu kalian untuk berniaga dari rumah tanpa perlu modal yang besar di sini. Dengan RM35 sahaja untuk mendaftar, kalian sudah boleh bina empayar…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh