Kalsium Untuk Elakkan Tulang Rapuh

‘Jangan lupa minum susu, supaya tulang kuat.’ Masih terngiang-ngiang suara doktor bila saya hadir ke klinik untuk pemeriksaan waktu mengandung dulu.

Bila mengadu masalah kaki kejang, terus doktor bagi tembakan tepat, ‘Tak minum susu, memang la kejang kaki’.

Allah, memang saya angguk sahaja. Kepala tunduk, nak bertentangan mata dengan doktor memang bukan pilihan. Takut dimarah atau disoal siasat lebih lagi. Waktu mengandung, saya sangat alah dah tak boleh bau susu, terasa nak muntah dan loya di tekak, untuk minum begitu apatah lagi. Tetapi kalau susu pedas tak apa lah. Saya boleh telan hihi.

Tapi betul ke minum susu tulang akan kuat?

Mereka yang pro dengan susu percaya minum cukup tiga gelas susu sehari akan tingkatkan kalsium dalam badan. Seterusnya buat tulang jadi kuat. Bila tulang jadi kuat, maka risiko untuk dapat osteoporosis (keadaan di mana tulang jadi lemah, tidak tumpat dan mudah patah), sakit-sakit dan lenguh badan akan berkurang.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang menjadi rapuh

Namun, ada juga penemuan yang mengatakan bila minum susu akan meningkatkan risiko penyakig jantung dan juga masalah prostat kanser. Sebenarnya susu bukan satu-satunya tetapi ia adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi kalsium. Di Malaysia kita sememangnya dimomokkan dengan minum susu untuk kalsium.

Kepentingan kalsium

Kalsium adalah mineral yang diperlukan oleh badan untuk:

• bina tulang dan gigi yang kuat
• diperlukan untuk proses pembekuan darah
• penyebaran maklumat oleh sistem saraf melalui impulse
• kesihatan ritma jantung

Yang menariknya, 99% dari kalsium ada pada tulang dan gigi, hanya 1% pada bahagian lain dalam badan.

Cara badan mendapatkan kalsium

Ada dua cara badan untuk dapatkan kalsium,

1. Pengambilan kalsium dari makanan atau supplement
2. Dikeluarkan dari tempat penyimpanan kalsium dalam badan terutamanya dari tulang.

Sumber makanan yang baik dan tinggi dengan kalsium termasuk produk tenusu, salmon, sayuran hijau gelap, kekacang, makanan dari sumber soya mempunyai kandungan kalsium yang berbeza.

Susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium

Membina tulang yang kuat

Proses pembinaan dan rombakan tulang

Sepanjang hidup, tulang akan sentiasa dirombak dan dibina dalam proses yang dipanggil remodelling. Osteoblast, iaitu sejenis sel yang akan membina tulang, manakala osteoclast pula adalah sel yang akan merombak tulang bila mana kalsium diperlukan di bahagian bahagian badan yang lain.

Untuk seorang individu yang sihat dan dapat kalsium yang cukup serta melakukan aktiviti fizikal secara berkala, penghasilan tulang akan melebihi kerosakan tulang sehingga usia 30 tahun. Selepas usia tersebut, kebiasaannya kerosakan tulang yang lebih tinggi.

Apakah osteoporosis?

Keadaan di mana tulang menjadi lemah dan tidak tumpat akibat dari pembinaan dan rombakan yang tidak seimbang.

Osteoporosis dan tulang yang normal

Walaupun telah mengamalkan pengambilan kalsium harian yang cukup, kebanyakan individu akan mengalami gejala ini apabila mereka semakin berumur.

80% wanita yang menopous mengalami gejala ini akibat berkurangnya penghasilan estrogen. Lelaki juga akan mengalami gejala yang sama selepas 5 hingga 10 tahun, lebih lewat dari wanita disebabkan hormon testosteron yang tidak berkurang secara mengejut seperti estrogen pada wanita.

Jumlah kalsium yang diperlukan untuk orang dewasa setiap hari?

Jumlah kalsium yang diperlukan berbeza mengikut peringkat umur. Ini adalah yang disarankan oleh National Institue of Health:

  • Dewasa19-50 tahun: 1,000 mg
  • Lelaki dewasa 51-70 tahun: 1,000 mg
  • Wanita dewasa 51-70 tahun: 1,200 mg
  • Dewasa 71 ke atas: 1,200 mg
  • Remaja yang mengandung dan menyusukan: 1,300 mg
  • Wanita dewasa yang mengandung dan menyusukan bayi: 1,000 mg

Kalsium dari pemakanan

Sumber kalsium harian boleh terdiri dari makanan di atas

Makan makanan yang pelbagai untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi.

Kalsium dalam bentuk supplement

Pastikan supplement yang dipilih mengandungi sama ada kalsium karbonat atau kalsium citrate.

Namun, kalsium sahaja tidak cukup. Kalsium memerlukan nutrien berikut untuk memberi kesan:

1. Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
2. Magensium untuk menghantar kalsium kepada tulang
3. Boron untuk metabolisma tulang
4. Kuprum,zink dan mangan akan mengaktifkan enzim yang bertindak untuk meningkatkan kepadatan tulang.

Jadi, pilih supplement yang bukan sahaja ada kalsium malah ada kesemua nutrien di atas bersama.

Nina Salleh

Amalkan kalsium dalam kehidupan seharian

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

Review: Hotel Ames Melaka

Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang berbeza. Hotel yang tidak terletak…

Read More »

Berniaga Dari Rumah Tanpa Modal

BINA EMPAYAR SENDIRI TANPA MODAL Nina nak bantu kalian untuk berniaga dari rumah tanpa perlu modal yang besar di sini. Dengan RM35 sahaja untuk mendaftar, kalian sudah boleh bina empayar…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh