Cara Mudah Untuk Simpan Duit Anak

Cara mudah untuk simpan duit anak ialah dengan menukar kepada emas.

Biasa kalau balik kampung atau beraya, sedara mara akan beri duit kepada anak. Sudah jadi kebiasaan dan juga adat kita orang Melayu, bila tengok anak kecil, akan beri duit. Tak kira lah berapa jumlah pun, kalau dikumpul tentulah banyak. Sungguh, anak-anak ni bawa rezeki luar biasa.

Mula Menyimpan Untuk Anak

Sudah ada duit depan mata, susah pula nak menyimpan. Nak masukkan dalam bank pun akan ambil masa untuk pergi buka akaun bagai. Asyik tengok duit tu boleh putih mata.

Berbulan juga saya ambil masa untuk buka akaun anak-anak. Dah sampai bank kang dokumen tak lengkap, susah pulak

Jadi nak elakkan kebocoran disebabkan ibu bapa terguna duit anak, boleh lah terus simpan sebagai emas. Senang saja dengan satu program ni dari Public Gold, iaitu Gold Accumulation Program (GAP). Cara ini terlampau mudah dan senang sebab tak perlu ke bank mahupun submit apa-apa dokumen. Hanya dari hujung jari sahaja.

Tukar Duit Kepada Emas

Dengan GAP, setiap sen yang kita masukkan dalam akaun akan ditukarkan kepada gram emas.

Amount yang dimasukkan akan terus ditukar kepada gram emas

Ini antara kelebihan apabila menukarkan duit kepada emas melalui GAP Public Gold,

1. Boleh konsisten simpan emas sampai cukup target simpanan kita. Public Gold tolong jaga simpanan emas kita secara percuma tanpa ada kos upah simpan.

Minimum amount untuk menyimpan ialah RM100.

2. Boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP kita apabila sudah cukup minimum simpanan bersamaan 1 gram emas.

Minimum 1 gram gold bar atau 1 dinar untuk dikeluarkan

a) di 17 cawangan Public Gold terdekat, cuma bawa IC dan duit premium.

b) gunakan servis Gold In Transit (GIT), HQ Public Gold akan pos emas fizikal (maksimum 20g) terus ke alamat kita, cuma bayar duit premium dan servis GIT.

3. Emas dalam akaun GAP boleh digadai terus secara atas talian (online) 24 jam setiap hari, Public Gold akan bank in duit ke dalam akaun bank kita pada hari bekerja yang seterusnya.

Nilai gadaian mengikut harga emas semasa.

4. Boleh jual terus gram dalam akaun GAP kita secara atas talian (online) 24 jam setiap hari, Public Gold akan bank in duit ke dalam akaun bank kita pada hari bekerja yang seterusnya.

Harga jualan balik juga mengikut ‘PG Buy’ yang dikemaskini di web setiap hari.

Harga jualan ialah mengikut PG Buy

Nak mulakan simpanan emas untuk anak-anak boleh terus klik icon Whatsapp Nina ya.

Simpan duit belum tentu ada emas, simpan emas sudah pasti ada duit.

Nina Salleh

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

7 Nutrisi Penting Untuk Ibu Menyusu

Selepas mengandung dan melahirkan, seorang ibu akan memasuki fasa menyusukan anak dengan susu badan. Bukan sahaja banyak khasiat untuk kesihatan, menyusukan anak dengan susu badan juga disarankan oleh Allah dalam…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh